Monday, 8 October 2012

PENDAFTARAN PRASEKOLAH SARJANA DIBUKA MULAI SEKARANG SEHINGGA 31 OKTOBER 2012.

Saturday, 22 September 2012

PENDAFTARAN MURID PRASEKOLAH 2013

KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN MURID KE KELAS PRASEKOLAH 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Kanak-Kanak Yang Mencapai Umur Lima (5) Tahun Pada Hari Pertama Bulan Januari Dalam Tahun Persekolahan Semasa Maka Untuk Tahun 2013 ialah:2 Januari 2007 hingga 1 Januari 2008 ( 5 tahun dan lebih ) dan 2 Januari 2008 hingga 1 januari 2009 ( 4 tahun dan lebih ).
  3. Keutamaan Pemilihan Berasaskan Merit Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga Di Bawah Garis Kemiskinan Dan "Ranking" Pendapatan Perkapita Keluarga Dari Rendah Ke Tinggi.
  4. Jumlah Bilangan Murid Setiap Prasekolah KPM Tidak Melebihi 25 Orang
  5. Proses Pemilihan Murid Prasekolah KPM Hendaklah Dibuat Oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah.
Bagi ibubapa yang berminat untuk menghantar anak ke Prasekolah Sarjana SK. Dato' Idris yang mana menyediakan kemudahan seperti:

1) Dua buah kelas yang kondusif
2) Guru-guru lepasan ijazah dan diploma yang berpengalaman
3) Kelayakan iktisas dalam bidang prasekolah secara terlatih
4) Kemudahan-kemudahan tambahan seperti kolam renang, taman permainan dan padang
5) Aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti lawatan,sambutan hari jadi dan hari terbuka
6) Pendidikan terkini dan mengikut standard KSPK

Sila upload borang anda di sini. Jika berminat sila ke sekolah untuk perbincangan atau pendaftaran.

SILA KLIK DI SINI:

LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2012


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
TEMPAT: MUZIUM TENTERA DARAT DAN LADANG OSTRICH,PORT DICKSON
TARIKH: 19/9/2012               HARI: RABU              MASA: 8.00PAGI- 6.00 PETANG

                Lawatan prasekolah Sarjana Muda, SK.Dato’ Idris telah berlangsung dengan jayanya bersama dengan kerjasama Waris Prasekolah. Seramai 30 orang murid dan 20 orang ibubapa telah mengikuti lawatan ini. Pada jam 7.30pagi, murid-murid dan ibubapa telah berkumpul di kantin sekolah. Pada jam 8.00pagi, bas bertolak ke destinasi lawatan. Kami telah singgah untuk bersarapan di City Park, Seremban 2. Pada jam 10.30pagi, disambut dengan hujan renyai-renyai kami sampai di Kem Sri Rusa,Port Dickson bagi lawatan di Muzium Tentera Darat. Encik Suhaimi telah menjadi ‘tour guide’ kami pada hari tersebut telah memberi informasi dan pengetahuan berguna mengenai sejarah ketenteraan di Malaysia. Terdapat 7 bilik pameran yang telah dilawati dan yang paling menarik ialah terowong bawah tanah yang menjadi replika terowong Komunis di Vietnam. Lawatan di Muzium Tentera Darat berakhir pada jam 12.30tengahari.
                Selepas itu, perjalanan berhenti seketika bagi solat zohor dan makan tengahari. Tepat jam 2.30 petang, pihak rombongan tiba di Ladang Ostrich. Kami disambut oleh Encik Raven dengan ceria. Murid-murid telah terlibat dengan aktiviti memberi makan kambing, bermesra dengan burung unta (ostrich), menunggang keldai, memerhati burung dan ayam yang ada dipersekitaran ladang. Selepas itu, murid turut bermain baling kelapa dan bola jaring kelapa.  Murid-murid sangat seronok terutamanya apabila berpeluang memberi makan burung unta. Walaupun ada perasaan takut tetapi apabila merasai burung mematuk makanan tanpa rasa sakit, perasaan teruja terbit di hati. Akhirnya, lawatan di ladang Ostrich berakhir pada jam 4.00petang.
                Bas bertolak pulang ke Tanjung Ipoh dengan membawa pulang anak-anak yang sarat dengan cerita baru mengenai lawatan. Walaupun penat, murid-murid merasa sangat seronok. Bas selamat sampai pada jam  6.00petang dan kelihatan ibubapa telah menunggu keluarga masing-masing. Diharapkan lawatan kali ini memberi seribu keseronokan dan pengalaman baru buat murid-murid.

Thursday, 5 July 2012

DATA PENTAKSIRAN 2012

Assalammualaikum wrt.wbt..

Kepada semua guru prasekolah terutamanya daerah Kuala Pilah, guru-guru diminta untuk mengisi pentaksiran murid bagi tahun 2012 mengikut format yang telah diberikan oleh pegawai prasekolah bahagian Kurikulum.

Kepada yang belum maklum formatnya,boleh download seperti di bawah:

Sunday, 22 April 2012

TEMA PRABESTARI 2012

Sunday, 15 April 2012

DATA RETAN DAERAH KUALA PILAH