PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH

1MALAYSIA (Julai 2012)

- Mengadakan sudut 1Malaysia dan mural 1Malaysia.
- Pengajaran dan Pembelajaran berkaitan 1Malaysia ialah:
1) Mempelajari tentang bendera negeri-negeri di Malaysia.
2) Pakaian mengikut kaum
3) Perdana-perdana Menteri di Malaysia. 

Contoh slide:



AKTIVITI NYANYIAN KREATIVITI DAN ESTETIKA


LIRIK LAGUNYA:


Kasih pada ibu
Sayang pada bapa 
Hormat pada guru 
Membawa bahagia 

Guru Oh! Guru 
Serta Keluarga 
Bimbinglah kami dengan penuh kasih sayang 

Masa tidak menunggu kita 
Dari itu janganlah leka 
Jangan menderhaka pada orang tua 
Amalan hidup kita 

Guru Oh! Guru 
Serta Keluarga 
Bimbinglah kami dengan penuh kasih sayang

untuk lagunya, sila rujuk persembahan di bawah:
http://youtu.be/PHvIlPahmP4


PENDIDIKAN AGAMA ISLAM 


P&P bagi Pendidikan Agama islam diajar oleh ustazah yang terlatih. Jika dulu, guru prasekolah turut merangkap ustazah, teacher, guru matematik, guru Bahasa Melayu tetapi melalu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, guru agama yang terlatih perlu mengajar subjek agama.

Di sini saya paparkan gambar p&p Pendidikan Islam bagi 16/02/2012 yang telah diajar Ustazah Mazida.

Disamping itu, saya turut upload video murid saya, iaitu Nurin yang cemerlang dalam menyebut Rukun Iman. P&P telah mencapai objektifnya bagi hari ini. Alhamdulillah.