LAWATAN SAMBIL BELAJAR
TEMPAT: MUZIUM TENTERA
DARAT DAN LADANG OSTRICH,PORT DICKSON
TARIKH: 19/9/2012 HARI: RABU MASA: 8.00PAGI- 6.00 PETANG
Lawatan
prasekolah Sarjana Muda, SK.Dato’ Idris telah berlangsung dengan jayanya
bersama dengan kerjasama Waris Prasekolah. Seramai 30 orang murid dan 20 orang
ibubapa telah mengikuti lawatan ini. Pada jam 7.30pagi, murid-murid dan ibubapa
telah berkumpul di kantin sekolah. Pada jam 8.00pagi, bas bertolak ke destinasi
lawatan. Kami telah singgah untuk bersarapan di City Park, Seremban 2. Pada jam
10.30pagi, disambut dengan hujan renyai-renyai kami sampai di Kem Sri Rusa,Port
Dickson bagi lawatan di Muzium Tentera Darat. Encik Suhaimi telah menjadi ‘tour
guide’ kami pada hari tersebut telah memberi informasi dan pengetahuan berguna
mengenai sejarah ketenteraan di Malaysia. Terdapat 7 bilik pameran yang telah
dilawati dan yang paling menarik ialah terowong bawah tanah yang menjadi
replika terowong Komunis di Vietnam. Lawatan di Muzium Tentera Darat berakhir
pada jam 12.30tengahari.
Selepas
itu, perjalanan berhenti seketika bagi solat zohor dan makan tengahari. Tepat jam
2.30 petang, pihak rombongan tiba di Ladang Ostrich. Kami disambut oleh Encik
Raven dengan ceria. Murid-murid telah terlibat dengan aktiviti memberi makan
kambing, bermesra dengan burung unta (ostrich), menunggang keldai, memerhati
burung dan ayam yang ada dipersekitaran ladang. Selepas itu, murid turut
bermain baling kelapa dan bola jaring kelapa.
Murid-murid sangat seronok terutamanya apabila berpeluang memberi makan
burung unta. Walaupun ada perasaan takut tetapi apabila merasai burung mematuk
makanan tanpa rasa sakit, perasaan teruja terbit di hati. Akhirnya, lawatan di
ladang Ostrich berakhir pada jam 4.00petang.
Bas
bertolak pulang ke Tanjung Ipoh dengan membawa pulang anak-anak yang sarat
dengan cerita baru mengenai lawatan. Walaupun penat, murid-murid merasa sangat
seronok. Bas selamat sampai pada jam
6.00petang dan kelihatan ibubapa telah menunggu keluarga masing-masing. Diharapkan
lawatan kali ini memberi seribu keseronokan dan pengalaman baru buat
murid-murid.